0

Ada apa dengan cinta?

Betul. Cerita ni dah lama release di panggung. Tapi saya dah lama tinggalkan dunia panggung wayang. Saya sekarang lebih selesa menonton di rumah. Berehat sambil makan dan minum, baring. Layan saja tv selama 48 jam. Haha. Melampau kan. Tak lah sampai macam tu. Tapi memang itulah yang terjadi pada saya untuk filem ni. Tak boleh berenggang dengan cinta dan rangga. Haish.

AADC atau ada apa dengan cinta 2. Sampai sekarang saya masih belum move on dengan filem ni. Filem AADC 1 pun makan masa untuk move on. Tak boleh nak bandingkan yang pertama dengan yang kedua. Sebab apa? Sebab yang pertama masa tu jalan kisahnya di sekolah. Percintaan zaman sekolah. Yang kedua ni percintaan di zaman dewasa.

Percintaan Cinta dan Rangga yang putus di tengah jalan selama sembilan tahun. Kemudian Rangga kembali mencari cinta dan ingin menyambung kembali hubungan mereka. Rangga terangkan kenapa dia putuskan percintaan dengan Cinta. Bukan itu yang menarik. Tapi jalan ceritanya. Tempat-tempat yang menarik yang ditunjukkan dalam filem.

Yang paling menarik ialah ada segelas air. Seolah-olah yang tersirat itu air boleh menenangkan jiwa atau hati yang tengah marah atau nervous atau apa saja. 

Cinta sangat gorgeous. Rangga sangat cool. Carmen sangat sempoi. Milly macam biasa blur. Mamet dah ok sikit dari dulu. Maura juga gorgeous. Alya, takde dalam filem sebab sibuk dengan study dan wataknya dimatikan.

The important is the journey not the destination ~ AADC2

aadc1

0

[Review] :: Naskah Terakhir Laura Isabell ~ Anna Lee

13711696_10157335342180438_388037028_o

Macam biasa, saya baca buku yang direkomenkan kepada saya. Saya tak pernah baca novel tulisan Anna Lee. Ini pertama kali. Saya akan baca bila ada review yang best atau pun rekomen daripada kawan-kawan atau tengok berapa bintang di goodreads.

Cerita ni tak menghampakan saya dan sangat menarik. Kisah percintaan yang terhalang pada tahun 1511. Antara Megat Alam dan Laura Isabell. Waris Laura, Dean datang ke Malaysia untuk mencari Megat Alam. Pertemuan dengan Laura di lapangan terbang seolah-olah takdir yang akhirnya menemukan mereka di Malaysia. Laura yang sama namanya menjadi pembantu kepada Dean untuk mencari Megat Alam bagi menyampaikan naskah terakhir Laura Isabell.

Walaupun cinta Laura Isabell dan Megat Alam tidak bersatu, namun akhirnya jodoh itu ada pada waris mereka.

Buku ni antara yang susah letak juga. Sebab bila dah baca, makin nak tau jalan cerita seterusnya. Berbaloilah cuti hujung minggu saya.

0

Kek Arang

Cerita petang syawal. Tok saya buat kek lepas solat raya. Sebab malam raya letih masak ketupat. Makcik pulak letih masak rendang. Bukan kami tak nak buat kek, tapi tok saya cakap dia nak buat sendiri. Kami biarkan saja dia dengan resepinya. Hehe.

Dah selesai masak, selesai juga kami bersiap nak beraya, saya potong sikit kek untuk bawa. Selebihnya saya tanya tok saya nak letak mana. Katanya letak balik dalam oven. Ok, oven yang digunakan adalah oven jenis lama. Takde bunyi bila dah cukup masa. Jadi saya pun apa lagi letak elok-elok dalam pinggan dan letak dalam oven. Tutup oven. Siap keluar.

Banyak juga rumah saudara mara kami beraya. Lewat petang kami balik ke rumah. Sampai saja, masuk dapur nak cuci tangan tengok ada kek hitam. Haha. Saya pun belek punya belek. Ni kek pagi tadi ni. Pelik kenapa rentung. Bila tok dan makcik saya masuk dapur, tengok pelik. Tok saya kelam-kabut panggil pakcik saya yang tengah tidur.

Tok : Awat kek jadi lagu nih, ahmad!
Pakcik : Hmm, mak tinggai kek dalam oven yang tak tutup suis.
Makcik : Haaaa biaq betui mak ni.
Tok : Laaa, mak lupalah tu. Mak ingat dah tutup suis. Along tanya mak tadi nak boh mana, mak suruh boh dalam oven ja, senang.

Saya angguk jelah. Nak gelak pun ada. En hadi tengok saya. Saya senyum jelah. 

Pakcik : Nasib baik ahmad nak pi lohorq (zohor) tadi ahmad peghasan. Sebelum tu dok bau dah. Sambil dok pikiaq mesti mak ada tinggai apa ataih dapoq tak tutup api. Keluaq ja tengok dah berasap.
Makcik : Nasib baik tak terbakaq dapoq!!!

Kempunan makcik saya nak makan kek raya. Kui kui kui.

13621373_10157287183760438_1360463266_o

0

Biskut Chocolate Chip

Tinggal lebih kurang 6 hari nak raya. Yeay! Hehe, budak-budak je yang semangat raya. Dah tua-tua ni apa ada saja. Tak melebih-lebih pun. Kuih raya hmm, wajib buat sebab kalau beli tak sedap. Tahun ni saya buat chocolate chips pulak. Tak nak buat kuih tradisional yang memang tiap tahun buat sebab apa, sebab tak makan habis pun. Cuma yang tak boleh tinggal tiap tahun kuih mazola.

Ok, entry ni nak kongsi resepi chocolate chips. This is my first attempt after 17 years. 17 tahun yang lalu, saya buat dengan mak saya. Itu lah kali pertama dan terakhir. Entah kenapa tak pernah buat lagi dah. Tahun ni tiba-tiba teringin nak buat. Apa lagi, terus mencari bahan-bahan. Mood buat kuih pun dah ada. Jom saya kongsikan resepi.

Bahan :
250 gram butter SCS
3/4 cawan gula castor
3/4 cawan gula perang
1 biji telur
1 1/2 sudu teh esen vanila
2 cawan chocolate chips

Bahan ayak :
2 1/4 tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam halus

Cara :
1. Panaskan oven 160 darjah celcius.
2. Masukkan butter, gula castor, gula perang, telur dan vanilla ke dalam mixer. Pukul hingga kembang dan sebati.
3. Masukkan bahan yang telah diayak.
4. Masukkan pula chocolate chips, gaul sebati.
5. Gunakan sudu kecil, sudukan ke atas loyang.
6. Bakar selama 18 minit.

13639739_10157283353760438_816677184_o

Sepatutnya saya kena sejukkan dalam peti ais selama sejam. Hasilnya nanti jadi macam biskut yang cantik. Tapi saya tak buat sebab saya lebih suka makan yang nipis dan rangup.

0

Ayam Rebus

imageSaja saya nak share resepi ayam rebus yang sedap. Saya rebus ayam ni sebenarnya untuk buat bubur lambuk secara gotong-royong. Tugas saya rebus ayam dan stok ayam tu nanti nak guna untuk masak bubur lambuk. Saya tak pernah masak nasi ayam. Sebab saya ada masalah sikit dengan ukuran air untuk beras. Saya dibesarkan dengan sukat air beras menggunakan cawan sahaja. Kalau tukar beras makanya kena try and error lah sukatan air baru.

Lepas kahwin, saya belajar sendiri. Sukat air dengan jari. Alhamdulillah dah pandai. Haha, teruk betul kan. Takpe, orang putih cakap it’s better late than never. Kui kui kui.

Saya gunakan kemudahan yang ada. En google. Untuk apa? Resepi untuk rebus ayam lah. Oklah, tak nak omel panjang-panjang, terus kita tengok resepi. Saya ambil dari sini.

Bahan :
1 ekor ayam
Halia
Bawang putih
Garam
Lada hitam
Air
Serai

Cara :
1. Basuh ayam bersih dengan tepung.
2. Tumbuk halia dan bawang putih. Kemudian lumur pada ayam. Perapkan dalam 1/2 jam.
3. Dalam periuk yang sama, masukkan air separuh. Renehkan dengan api paling kecil selama 1/2 jam.
4. Kemudian tambahkan air jadi 3/4 periuk. Besarkan api.
5. Masukkan lada hitam, garam dan serai.
6. Tutup periuk dan biarkan ayam sampai mendidih.

Siap. Saya keluarkan ayam masuk dalam tupperware asing. Stok ayam tu saya asingkan. Bau pun wangi. Kalau nak tambah apa-apa macam kiub ayam ke, lobak merah ke, takde masalah. Terpulang pada individu.

0

Ayam Masak Bali

13467535_10157177815165438_313143959_o

Selamat berpuasa. Semoga puasa kita kali ini diberkati dan dirahmati Allah. Dah sepuluh hari kita berpuasa. Selama sepuluh hari itu lah saya masak sendiri untuk berbuka. Ha kagum kan. Hehe, saya jarang memasak tapi kalau masuk bulan puasa terus masak dengan semangat. Bukan apa, kalau beli di bazar ramadhan, buat sakit hati je. Dah lah tengah lapar, mahal pulak tu, bawa balik bila makan tak sedap di tekak. Spoil mood makan. Jadi lebih baik masak. Menu saya pun tak susah. Tak hebat macam orang lain. Cukup lauk dan sayur.

Disebabkan saya bukan minat memasak, jadi menu saya juga terhad. Sembang-sembang dengan kawan, dia bagi cadangan cuba resepi ayam masak bali. Ni first time saya dengar. Ok, google resepi. Saya dapat daripada blog sini. Tapi saya ada sedikit menderhaka. Saya ikut apa yang ada di rumah. Jadi resepinya macam kat bawah ni.

Bahan-bahan ;
Ayam
Bawang besar
Bawang putih
Kunyit hidup
Serbuk ketumbar
Serai
Kicap pekat manis
Cili kering
Asam keping
Minyak masak
Garam

Cara-cara ;
1. Kisar bawang besar, bawang putih, kunyit hidup dan cili kering.
2. Masak sampai pecah minyak.
3. Masukkan ayam, serbuk ketumbar, kicap pekat manis, asam keping dan serai.
4. Biarkan ayam masak.
5. Masukkan garam dan gaulkan.

Siap! Mudah saja cara saya. Tapi jujurnya ayam masak bali ni sangat sedap. Tambah nasi saya sampai dua pinggan waktu berbuka. Alahai…

0

Ya Fattah

Dua hari lepas, saya kerja pagi. Tak tau kenapa, hari Jumaat tu hari yang agak kelam-kabut. Malam sebelum tu dah janji dengan suami yang pagi Jumaat saya nak scan IC dan borang-borang yang diminta. Jadi, pagi tu saya pergi kerja macam biasa. Kemudian saya nak scan di office. Dua tiga kali saya buat tak menjadi. Aduhai, masa ni lah scanner nak buat hal. Saya tak boleh keluar fotostat di luar sebab pembantu saya belum datang. Nanti nak tutup, naik notis semua leceh. Saya ambil keputusan untuk tunggu pembantu saya datang.

Pembantu saya masuk kerja jam 11.00 pagi. Datang dalam jam 10.30 pagi. Ok, saya pun siapkan apa yang perlu difotostatkan. Tiba-tiba suami mesej saya dari pejabat, dia nak borang tu semua dalam 11.30 pagi. Ah sudah. Kelam kabut saya dibuatnya. Terus keluar fotostat.

Sampai kedai fotostat, minta adik perempuan tu buat satu copy untuk semua. Alahai, slow pulak budak ni buat kerja. Tengok jam dah 10 minit berlalu. Bila dah selesai, saya capai borang, IC, bawa ke kaunter pembayaran. Selesai bayar, saya terus ke kereta. Capai handbag nak call suami, telefon pula tertinggal di office. Apa lagi patah balik ambil telefon. Dah le lambat, macam-macam.

Sampai di office, terus capai telefon atas kaunter, terus keluar. Tengok phone, ada 7 misscalled. Adoi, menjawab pulak. On the way ke pejabat tanah, cek borang yang patut dihantar, nak bagi sekali IC. Sekali IC takde. Alamak, apa nak buat ni. Ok, takpe, settle dulu borang kemudian cari IC.

Dah selesai di pejabat tanah, saya balik ke office. Saya check lagi sekali IC suami. Takde. Alamak, nak buat macam mana ni. Matilah kena marah. IC kot. Penting. Dua tiga kali saya patah balik ke kedai fotostat tu. Hampir kena marah.

Tokey kedai : Kalau ada kita bagilah. Takkan nak simpan IC orang pulak.

Saya memang blur habis. Tak ingat jatuh dekat mana. On the way balik ke office, mulut saya tak henti-henti zikir Ya Fattah. Memang zikir ni saya akan baca bila saya kehilangan barang. Atau saya tak jumpa dan ingat tempat saya letak barang. Dan, dengan izin Allah, saya akan jumpa di kemudiannya.

Saya pun terus baca zikir Ya Fattah ni. Dah nak nangis dah. Sebab nanti kena marah dengan suami. Dalam kepala ni dok fikir kat mana la terjatuhnya, macam mana nak cakap dengan suami. Haih, macam-macam dalam kepala saya masa ni. Akhirnya saya duduk di kerusi dan tenangkan fikiran. Tawakal saja pada Allah. Sambil tu mulut dan hati tak berhenti-henti zikir. Saya yakin dengan zikir pembuka ni. Saya memang amalkan sejak saya belajar di UIA.

** Cerita ni panjang sikit. Huhu.

Pukul 3.00 petang, time saya balik rumah. Dah habis waktu kerja. Saya terus balik. Selesai solat, saya baring kejap. Kepala masih berfikir di mana hilangnya IC. Tiba-tiba bunyi mesej. Saya tengok mesej dari suami. Dia hantar gambar IC. Saya tanya jumpa mana. Dia suruh saya ingat. Memang saya tak ingat jadi saya diam dan baring. Tidur terus. Mana taknya, lega tak terkata.

Petang, dia balik rumah cerita semuanya. Rupanya terjatuh masa saya kelam kabut nak ke kereta. Ada satu pasangan pakcik dan makcik ni jenuh panggil saya nak bagitau ada benda jatuh tapi saya tak dengar. Saya nak cepat. Diorang tengok saya kelam kabut. Kemudian diorang pergi ambil barang yang jatuh. Sekali IC. Ha, diorang pun dah pening nak buat macam mana. Diorang pun masuk le dalam group whatsapp. Ha canggih kan pakcik ni. Main whatsapp tu. Pheww.

Ada orang yang kenal dengan suami saya, jadi call suami dan minta ambil di rumah pakcik tu. Suami pun lepas kerja terus singgah rumah pakcik tu. Syukurlah dapat pada orang yang baik. Alhamdulillah. Itu lah kekuatan zikir Ya Fattah ni.

al-fattah1

gambar ehsan en google